STADIUM LARKIN

 

Sampai bila stadium larkin terus sunyi dari sorakkan peminat setia, tiada pasukan yang berjaya tanpa sokongan dari penonton sendiri. Kemanakah mereka menghilang? semangat permain-permain perlu dibantu dengan sorakkan mereka. kita semua berharap agar Pasukan Jengking akan mampu layak ke LIGA SUPER musim depan. musim ini adalah musim yang paling tepat, aksi mereka telah mencapai tahap yang boleh bersaing dengan Pasukan Elit. Corak KAMIKAZE yang cuba diterapkan oleh "Proffesor" semakin menujukkan kesan pada para pemain. Pasukan Kelantan yang berstatus bingtang penah kita tewaskan, itu bermakna kita mampu bersaing dengan mereka. terdapat juga permain-permain Johor yang mampu menyarung jersi negara, seperti contoh Irfan Ghani, Azrien Affendy, Mohd. Kharul Ismail dan lain-lain permain perlu mendapat perhatian jurulatih skuad kebangsaan kelak. Fokus utama adalah melayakan diri ke LIGA SUPER musim depan seterusnya menjuarai Liga Perdana musim ini. setiap permain perlu meningkatkan mutu permainan mereka dari setiap pelawanan, Permain-permain perlu melihat aksi mereka melalui rakaman video agar mereka dapat melihat kelemahan permainan mereka bagi setiap pelawanan. MISI utama permain sekurang-kurangnya adalah menjadi pasukan yang bertaraf Asia, mampu bersaing dengan pasukan-pasukan kelab di Asia. Setiap permain perlu diberi peluang untuk melihat cara dan aksi pasukan-pasukan yang lebih hebat dari mereka didalam satu sesi yang telah ditetap oleh Jurulatih dan diadaptasi semasa latihan. KITA MAMPU MENGUBAHNYA.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment